29 Julai 2010

MAJLIS PERJUMPAAN DEKAN BERSAMA MAHASISWA FSPPP 2010


Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dengan kerjasama Suruhanjaya Khas Fakulti (STC) dan Non-Allignment Members (NAM) bakal menganjurkan "Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Mahasiswa FSPPP 2010" pada 30 Julai 2010 bermula jam 3.00 petang bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Antara agenda yang bakal diadakan semasa majlis tersebut adalah:

  1. Amanat Bonda daripada Dekan Fakulti
  2. Sesi soal jawab hasil maklumbalas daripada Borang Aduan Pelajar
  3. Persembahan kebudayaan daripada Simfoni Melodi Citra Tari (SIMECTRA)
  4. "Pengkisahan Perjuangan Menegakkan Kedaulatan Negara"
  5. Deklamasi Puisi Patriotik dengan Iringan Muzik Akustik
Kehadiran semua warga FSPPP adalah diwajibkan. Harap maklum.

03 Jun 2010

TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN APRIL 2010


Keputusan rasmi peperiksaan akhir semester sesi Disember-April 2010 dijangka akan dapat diketahui pada 10 Jun 2010 jam 3.00 petang. Sebagaimana biasa, keputusan tersebut akan dipaparkan menerusi Student Portal UiTM.

Harap Maklum dan Semoga Berjaya kepada semua pelajar.

Kebajikan Anda Manifestasi Kami

02 Jun 2010

SMF FSPPP MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL


KABINET SMF FSPPP 2010/2011 mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh komando-komando Zionis Israel terhadap konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Atas rasional bahawa serangan tersebut tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia, maka SMF FSPPP dengan ini menyeru seluruh warga fakulti untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan berdoa semoga keadaan akan kembali pulih dengan segera, tebusan-tebusan dibebaskan, sekatan dihentikan dan keselematan rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut terus dipelihara oleh Allah S.W.T.

01 Jun 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2010

Barisan SMF-FSPPP 2010/2011 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai buat semua warga FSPPP yang menyambutnya terutamanya pelajar dari Bumi Kenyalang.


MAKLUMAN PENTING BUAT SEMUA WARGA NR

Diharap semua warga NR-FSPPP dapat melayari e-Portal PNR-FSPPP untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan stiker kenderaan sesi 2010/2011.

Harap Maklum.

Kebajikan Anda Manifestasi Kami