24 Mac 2010

KERTAS PROJEK 1 MALAYSIA

Pada hari ini, KABINET SMF 2010/2011 telah berkampung selama hampir 5 jam di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi demi melakukan persiapan terakhir untuk kertas kerja Projek 1 Malaysia. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pasukan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi yang diwakili oleh SMF sedang bertarung di peringkat Grand Final bersama-sama 10 lagi pasukan dari seluruh sistem UiTM.

Kami menyeru kepada semua warga fakulti untuk sama-sama memberikan sokongan serta doa restu anda demi kejayaan kami dalam pertandingan ini. Kejayaan SMF akan membawa makna yang besar buat kita semua memandangkan bukan sahaja pertandingan ini mendapat liputan yang meluas daripada Media Prima Berhad selaku penaja rasmi, tetapi juga merupakan medan untuk menaikkan lagi nama fakulti supaya lebih dikenali dan disegani. Dalam kesempatan ini, pihak SMF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat semasa menyiapkan kertas kerja tersebut termasuklah Dekan, Datuk Prof. Dr. Hjh. Ramlah Adam, Timbalan Dekan HEP & Sumber, Encik Zulkifli Baharud-din, Puan Syamie, dan Cik Nurul...

Untuk gambar-gambar yang lebih menarik, sila ke halaman Galeri SMF...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan